*we luv ming-ming*

Dec 24, 2012

Comic Fiesta 2012

Hai hai!

3 minggu lepas,min ada terbaca post kt FB pasal event Comic Fiesta 2012. Event ni berlangsung 2 hari iaitu pada 22/12 dan 23/12 kat KLCC.Wahhh...Min punya la excited nak pergi sebab sebelum ni tak pernah pergi.Search punya search cara nk beli tiket sekali dah sold out tiket untuk early bird. Min hanya boleh beli on the day itself je.

Early bird (booking tix) : 2 days = RM35
Normal Price : 1 day = RM20

Bagi Min mahal sket(insan yg tak berapa nak mampu) tapi excited punya pasal HADO MAK KESOH?hahahaha~


Maka sabtu baru-baru ni Min serang la KLCC ngn kakak & 3 member Min. Kakak & 2 orang member tu katanya nk tengok muvie Hobbit, so Min pergi dengan Nura je (member lagi sorang). Kesian gak kat Nura sebab dia kena layan otak kartun Min (Nura ampOOOn~).

Disebabkan event ni sekali setahun, Q nak berbaris beli tix tu panjangnye tuhan aje yang tahu. Ade la dalam 11-12 lapisan zig-zang sebelum sampai ke kaunter tix. Nasib baik kaunter tix nye banyak & ramah tamah. Masa tengah beratur tu kami cuci mata tengok peminat-peminat fanatik anime & kartun yang pakai cosplay watak kegemaran mereka. Memang bersih mata kami.hahaha. Masa tengah cuci mata tu, Min ternampak watak kartun 3D favourite Min-->Cloud Final Fantasy.Hampir naik gila Min dibuatnya. Lepas tu Min cakap kt Nura:

"Target hari ni nak bergambar dengan Cloud tu. Baru Mission Accomplish"

Ade la dalam 45 minit lepas kami beratur, baru dapat beli tix. Lepas beli tix...hahaha...hape lagi...SERANGGGG!!!..kami masuk ke dewan utama. Haaa..hamik kau, belambak lagi peminat yang pakai cosplay yang sedang tunggu pertandingan cosplay bermula. Mata Min dah juling macam orang jakun, 1st time la katakan.hahaha.Kat bawah ni antara gamba-gambar yang min ambil.










Tapi yang sedihnya Min tak jumpa pun mamat yang pakai kostum Cloud tu. Kami teruskan usaha mencari mamat tu sambil-sambil singgah kat booth2 yang ada dalam dewan tu. Min tak dapat nak beli banyak barang sebab bawa duit sikit & tak bajet barang mahal sangat. Bertabah je la tengok barang-barang yang tak dapat beli tu. Ni antara barang-barang yang min dapat beli:


Kaki kami dah sakit tapi masih lagi gigh cari mamat Cloud tu. Tapi tu la, kalu dah jodoh tak ke mana (cewahhh~). Akhirnye jumpa jugak Cloud.YES!!!

Mission Accomplish!!!

Overall, Min sangat seronok dengan event ni walaupun Min dapat pergi 1 hari je.Hopefully diorang buat lagi next year & Min akan alert time booking tix nanti.hahaha.

That's all for now.Adieu~

*LIVE*LOVE*LEARN*LAUGH*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...